Taklimat Kempen Internet Selamat dan ePembelajaran
17 Mei 2025 | Aktiviti Terkini16 Mei 2025 – NADI Linggi telah membuat program mengenai Taklimat Kempen Internet Selamat di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian, Linggi dan seramai 21 orang peserta telah menghadirikan diri bagi progam ini.
Tujuan program ini dibuat adalah bagi menyebarkan lagi mengenai keselamatan Internet kepada mereka yang merupakan pelajar dari sekolah rendah agar berhati-hati di dalam menggunakan Internet.
Selain daripada itu, mereka juga dapat mendaftarkan diri mereka sebagai ahli NADI Linggi secara percuma. Mereka juga didedahkan mengenai eKelas Maxis iaitu program pembelajaran digital buat mereka. Selepas itu, mereka diselitkan permainan ePembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot
Terima kasih kepada Pn Ain iaitu petugas Perpustakaan Desa Pengkalan Durian, Linggi di atas sudi menjemput NADI Linggi untuk membuat program di sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: